Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Erdogan yakin menang pusingan penentuan

    ANKARA, 15 MEI – Turkiye bersiap sedia pada hari ini untuk pusingan kedua pilihan raya pertamanya selepas malam penuh drama yang menunjukkan Presiden Recep Tayyip Erdogan mendahului pesaing sekularnya tetapi gagal meraih kemenangan pusingan pertama.

    Erdogan kelihatan yakin apabila dia muncul di hadapan lautan penyokong sejurus selepas tengah malam untuk menyatakan dirinya bersedia untuk memimpin negara untuk lima tahun lagi.

    Keputusan hampir lengkap daripada pilihan raya Turkiye paling penting pada era pasca Uthmaniyyah itu menunjukkan Erdogan berkuasa sejak 2003 dan tidak tewas dalam lebih 12 pengundian negara – hanya kekurangan nilai ambang 50 peratus yang diperlukan untuk menang.

    “Saya sepenuh hati percaya bahawa kami akan terus berkhidmat kepada rakyat kami dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata pemimpin berusia 69 tahun itu, diiringi tepukan gemuruh.

    Beliau juga mendakwa parti pemerintah Islamnya dan sekutu ultranasionalis telah memperoleh majoriti dalam parlimen.

    Angka dari agensi berita negara Anadolu menunjukkan Erdogan memperoleh 49.3 peratus undi.

    Ketua pembangkang, Kemal Kilicdaroglu menyusul di belakang dengan 45.0 peratus – keputusan yang mengecewakan selepas tinjauan sebelum pilihan raya awal menunjukkan beliau mendahului.

    Pilihan raya presiden pusingan kedua Turkiye dalam sejarah 100 tahun negara dirancang diadakan pada 28 Mei. – AFP

    Presiden Recep Tayyip Erdogan (kanan) dan isteri Emine melambai kepada penyokong di ibu pejabat parti di Ankara, Turkiye kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...