Eric Bledsoe positif COVID-19

MIAMI, 19 JULAI – Pemain pertahanan Milwaukee Bucks, Eric Bledsoe telah disahkan positif COVID-19 dan tidak akan menyertai rakan sepasukannya dalam kempen kembali semula NBA di Florida.

Pemain Amerika Syarikat (AS) yang berusia 30 tahun itu, dalam kempen NBA ke-10nya, telah memperoleh purata jaringan 15.4 mata, 5.4 assist dan 4.6 rebound untuk Bucks, yang merupakan 53-12 terbaik NBA ketika musim ditutup pada 11 Mac lalu kerana wabak COVID-19.

“Saya tidak mempunyai sebarang simptom dan berasa sihat,” kata Bledsoe kepada ESPN.

“Sebaik sahaja saya memenuhi protokol NBA, saya tidak sabar-sabar untuk menyertai semula rakan sepasukan saya di Orlando.”

Pasukan telah berkumpul di Disney World dalam persekitaran kuarantin dan merancang untuk menyambung semula musim NBA pada 30 Julai tanpa penonton pada perlawanan dan berharap dapat memilih juara NBA pada awal Oktober.

Perlawanan pertama yang dijadualkan Milwaukee dalam perlawanan semula adalah pada 31 Julai menentang Boston.

The Bucks memenangi satu-satunya gelaran NBA mereka pada tahun 1971. Mereka mara ke final Eastern Conference pada tahun lalu untuk pertama kalinya sejak 2001 tetapi belum mencapai Final NBA sejak tahun 1974.

Bledsoe menyertai senarai pemain NBA teratas yang lain yang disahkan positif termasuk pengawal Houston Rockets, Russell Westbrook dan penyerang Sacramento Kings, Harrison Barnes. – AFP

Gambar fail pada 10 Januari lalu menunjukkan Eric Bledsoe dari Milwaukee Bucks semasa beraksi menentang Sacramento Kings di Sacramento, California. Bledsoe disahkan positif COVID-19 dan tidak menyertai rakan sepasukannya dalam kempen NBA di Florida. – AFP