Eric Dier digantung empat perlawanan

LONDON, 9 JULAI – Pemain Tottenham, Eric Dier (gambar bawah) digantung empat perlawanan dan didenda £40,000 kerana kesalahan memanjat ke tempat duduk penonton untuk menghadapi penyokong selepas pasukannya tewas dan tersingkir dari Piala FA menentang Norwich.

Pemain antarabangsa England itu telah dijatuhkan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak (FA) atas tuduhan melakukan kesalahan tersebut yang berlaku pada 4 Mac lalu.

Dier, yang mana pasukannya tewas menerusi penentuan sepakan penalti, melihat adiknya diganggu oleh seorang peminat dan berlari untuk membantunya. Tidak ada kesalahan fizikal dan perkara itu tidak diserahkan kepada pihak polis setelah disiasat. Namun, FA memilih untuk mendenda Dier.

“Eric Dier telah digantung sebanyak empat perlawanan berkuatkuasa serta-merta, didenda £40,000 (AS$50,000) dan diberi amaran mengenai tingkah lakunya untuk masa depannya setelah melanggar Peraturan FA E3,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pemain Tottenham Hotspur FC mengakui bahawa tindakannya ketika tamat perlawanan menentang Norwich City FC di Piala FA pada 4 Mac lalu tidak wajar tetapi menafikan bahawa mereka juga mengancamnya.

“Suruhanjaya pengawalseliaan kemudian mendapati tindakan Eric Dier tersebut mengancam.”

Hukuman, yang mengesahkan Dier terlepas semua perlawanan EPL yang tersisa musim ini, akan membuat bos Jose Mourinho bertambah berang setelah mempertahankan pemainnya. – AFP