Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Ericsson didenda AS$207 juta langgar perjanjian AS

    STOCKHOLM, 5 MAC – Pengeluar peralatan telekomunikasi Sweden, Ericsson akan membayar denda AS$207 juta kerana melanggar perjanjian dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk tidak mendedahkan siasatan berkaitan rasuah disyaki dilakukan kumpulan Islamic State (IS) di Iraq.

    Pendakwa raya Sweden membuka siasatan berhubung dakwaan pembayaran IS, kes yang memaksa syarikat itu berikrar membaik pulih pengawasan pematuhannya selepas tuntutan itu muncul tahun lalu.

    Pendakwa raya AS mengenakan penalti AS$1 bilion pada 2019 untuk menutup kes rasuah di Djibouti, China, Vietnam, Indonesia dan Kuwait, selepas Ericsson bersetuju dengan apa yang dipanggil perjanjian pendakwaan tertunda (DPA).

    Bagaimanapun tahun lalu, siasatan yang diselaraskan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendedahkan siasatan dalaman di Ericsson menemui bayaran yang disyaki kepada kumpulan IS di Iraq antara 2011 dan 2019 iaitu tempoh yang diliputi oleh perjanjian pendakwaan AS.

    Dalam satu kenyataan semalam, Ericsson berkata ia sudah memasukkan pengakuan bersalah berhubung pertuduhan yang ditangguhkan sebelum ini berkaitan kelakuan sebelum 2017 kerana tidak mendedahkan siasatannya kepada pihak berkuasa AS.

    Menurut Ericsson, sejak perjanjian dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, pendakwa raya tidak mendakwa syarikat itu dengan sebarang kelakuan jenayah baharu dengan mengatakan denda baharu itu hanya berkaitan dengan kegagalan mendedahkan dokumen kepada DOJ tepat pada masanya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan seorang lelaki bercakap di telefon bimbit berdekatan firma Ericsson di Ekspo PT di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...