Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Eriksen kembali pamer penampilan luar biasa

    AMSTERDAM, 27 MAC – Christian Eriksen menjaringkan gol buat Denmark ketika dia kembali membuat penampilan di pentas antarabangsa selepas mengalami serangan jantung tahun lalu pada perlawanan persahabatan menentang Belanda yang menyaksikan mereka tewas 2-4.

    Lebih daripada sembilan bulan dan 287 hari, selepas dia jatuh di dalam padang ketika perlawanan Euro 2020, Eriksen melakukan kemunculan semula yang luar biasa di Arena Johan Cruyff, Amsterdam.

    Dengan tepukan gemuruh orang ramai dan pengurus Belanda, Louis van Gaal apabila keluar dari bangku simpanan, Eriksen di lihat mengangkat tangan ke langit sebagai tanda terima kasih.

    Dua minit selepas dimasukkan pada separuh masa pertama, pemain tengah Brentford itu menjaringkan gol hebat dengan rembatan kencang ke sudut atas untuk gol ke-37 dalam 110 penampilan.

    Eriksen jelas gembira dengan jaringannya apabila berjaya merapatkan jurang gol ketika Belanda mendahului 3-2.

    Dia menerima ucapan tahniah dari rakan pasukan, ramai daripada mereka berada bersama ketika dia mengalami serangan jantung.

    Pemain berusia 30 tahun rebah pada perlawanan pembukaan Denmark di Kejuaraan Eropah menentang Finland di Copenhagen Jun tahun lalu.

    Dia terpaksa diberikan bantuan di atas padang apabila tidak sedarkan diri selama beberapa minit ketika orang ramai dan berjuta-juta penonton menyaksikan perlawanan itu di seluruh dunia. – AFP

    Reaksi Christian Eriksen selepas menjaringkan gol semasa perlawanan di antara Belanda dan Denmark di Johan-Cruijff Arena di Amsterdam pada 26 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...