Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ernie Zakri cari pengganti bawa lagu Boneka

    Sarat hamil lapan bulan, penyanyi Ernie Zakrie memberitahu dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-36.

    Kata Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dia tidak dapat membuat persembahan kerana bakal bersalin dan berpantang dalam masa terdekat ini.

    “Saya masih lagi menanti daripada pihak produksi bila tarikh persembahan untuk AJL36, kerana setakat ini masih belum pasti lagi sama ada ia akan diadakan pada Februari atau Mac.

    “Kalau Februari, InshaAllah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang.

    “Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu,” katanya kepada mStar.

    Ernie masih dalam proses mencari pengganti dirinya untuk persembahan di AJL36. – Agensi

    Dalam pada itu, Ernie dan syarikat rakamannya sedang dalam proses perbincangan untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan dirinya pada malam AJL36 nanti.

    Bukan itu sahaja, Ernie juga perlu mendapatkan pendapat daripada komposer lagu Boneka iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh sebelum membuat pemilihan penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut.

    “Plan B untuk cari pengganti saya untuk persembahan AJL36 ini masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat rakaman. Sebab saya harus menghormati komposer lagu ini dan masih menanti perbincangan daripada mereka juga.

    “Sekarang ini saya dah mula melihat dan fikirkan calon yang terbaik. Doakanlah agar pencarian pengganti saya untuk menyanyikan lagu Boneka ini berhasil,” katanya.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini berkata, dia menerima banyak cadangan daripada warganet, namun dia berharap calon tersebut dapat memberikan persembahan yang terbaik di AJL36.

    “Banyak juga terima cadangan daripada warganet yang mahukan Ziana Zain sebagai pengganti. Mestilah gembira kalau dapat saksikan Ziana Zain menyanyikan lagu saya sendiri.

    “Tetapi macam saya katakan, kami masih lagi mencari calon pengganti dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang best di pentas AJL 36 nanti,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

    Ernie dijangka bakal melahirkan seorang bayi perempuan pada Februari. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...