Ernie Zakri persoal kalah AJL34

Kegagalan membawa pulang sebarang trofi pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) baru-baru ini cukup meninggalkan kesan kepada penyanyi Ernie Zakri. Jelas Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, dia merasa kecewa apabila sasaran untuk memenangi kategori vokal atau persembahan terbaik tidak menjadi kenyataan.

“Tipulah kalau saya kata tak kecewa, pastinya di penghujung hari saya akan kata pada diri sendiri yang itu bukan rezeki saya. Namun saya mengenali diri sendiri dan sudah memberi 200 peratus dengan persiapan yang berbulan-bulan.

“Apa lagi saya perlu beri untuk dapat salah satu kemenangan tersebut? Namun saya sedar tak boleh nak kritik keputusan tersebut apabila saya tak menang, saya pun dah move on.

“Tetapi apa yang saya boleh katakan ialah industri perlukan kejujuran,” kata Ernie kepada media.

Penyanyi lagu Ku Bersuara ini ditemui pada majlis sidang media program Ceria Megastar musim kedua yang bakal mula bersiaran secara langsung 29 Februari ini menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631). – Agensi

Ernie kecewa dengan kegagalannya tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi ketika AJL34 dan menyifatkan industri tidak berlaku adil. – Agensi