Eropah beri vaksin COVID-19 untuk budak 5-11 tahun

BERLIN, 15 DIS – Beberapa buah negara Eropah telah memulakan vaksinasi kepada kanak-kanak yang berumur lima sehingga 11 tahun bagi melawan COVID-19 pada hari ini, dalam usaha untuk mengawal pandemik yang menular dan berupaya membuka sekolah, sementara yang lain masih lagi memutuskan pendekatan mereka.

Jerman, Sepanyol, Greece dan Hungary adalah antara yang membukakan inokulasi suntikan kepada kanak-kanak, doktor melaporkan permintaan banyak daripada ibu bapa di tengah kerisauan penularan varian Omicron yang cepat.

Menteri Pendidikan Greece, Niki Kerameus adalah salah seorang yang pertama tiba di hospital Athens bagi suntikan vaksinasi anak lelakinya, menurut laporan TV ERT.

Lebih kurang 30,000 perjanjian vaksinasi kanak-kanak telah dibuat di negara itu.

Pengawas perubatan Eropah pada bulan lalu telah meluluskan suntikan Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima sehingga 11 tahun, lingkungan umur yang mengalami jangkitan koronavirus tertinggi di seluruh benua.

Vaksin tersebut diberikan dalam dos yang lebih rendah daripada suntikan Pfizer untuk umur 12 ke atas, dan datang dalam botol kecil dengan penutup jingga untuk membezakannya daripada botol bertutup ungu untuk usia yang lebih tua. – AFP