Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Eropah bidas Trump tentang NATO, Iran

    BRUSSELS, 16 Jan – Para pegawai tertinggi Eropah membidas balik ke arah Presiden yang dipilih AS, Donald Trump hari ini selepas dia mengecap perikatan NATO ‘lapuk’ dan menyelar perjanjian penting nuklear dengan Iran.

    Dalam temu bual bersama dua akhbar besar Eropah, Trump melepaskan serangan lisan ke atas Eropah, menggelar dasar pelarian Canselor Jerman, Angela Merkel sebagai ‘bencana’ dan memuji keputusan Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

    Namun dasar luar negeri EU yang diketuai oleh respons Eropah, menegaskan yang blok itu akan mengekalkan perjanjian nuklear, yang digambarkan oleh Trump sebagai ‘salah satu perjanjian paling bodoh yang pernah saya lihat’.

    Bercakap menjelang mesyuarat menteri-menteri luar negeri EU di Brussels, Federica Mogherini berkata perjanjian itu adalah ‘bukti yang diplomasi masih berfungsi dan disampaikan’.

    “Kesatuan Eropah akan terus berusaha bagi menghormati dan mengimplementasikan perjanjian yang sangat penting ini, yang penting untuk keselamatan kita,” katanya.

    Frank-Walter Steinmeier (kanan) dan Boris Johnson ketika menghadiri majlis Hal Ehwal Luar Negeri di Majlis Eropah, Brussels pada 16 Januari. – AFP
    Frank-Walter Steinmeier (kanan) dan Boris Johnson ketika menghadiri majlis Hal Ehwal Luar Negeri di Majlis Eropah, Brussels pada 16 Januari. – AFP

    Menteri luar negeri Britain, Boris Johnson juga mempertahankan perjanjian itu, dengan berkata ia mempunyai ‘merit yang besar’, dan ‘kami akan meneruskannya’.

    Diplomat tertinggi Jerman, Frank-Walter Steinmeier mengakui ‘kebimbangan’ NATO berhubung ucapan Trump tentang perikatan yang diketuai AS.

    “Ini adalah bercanggahan dengan apa yang menteri pertahanan Amerika katakan dalam ucapannya di Washington beberapa hari yang lalu dan kami perlu lihat dahulu apa akibatnya bagi dasar Amerika,” Steinmeier memberitahu para wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda