Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Eropah bimbang peningkatan kos bahan api

    ANKARA, 29 SEPT – Kebimbangan terus melanda negara-negara di Eropah ekoran kos bahan api yang semakin meningkat menjelang musim sejuk, lapor Agensi Anadolu.

    Krisis bahan api meletakkan ekonomi Slovakia pada risiko ‘lumpuh’, menurut perdana menterinya dalam temu bual yang disiarkan pada Rabu.

    Eduard Heger memberitahu Financial Times bahawa Bratislava memerlukan sokongan Kesatuan Eropah, atau krisis itu akan melumpuhkan ekonomi negaranya akibat perang Rusia di Ukraine.

    Heger memberi amaran bahawa beliau mungkin perlu merasionalisasikan bekalan tenaga negaranya jika Brussels tidak memberikan sokongan.

    Beliau juga mahu EU mengeluarkan €5 bilion (AS$4.8 bilion) ‘dana pembangunan wilayah yang tidak digunakan’ untuk membantu menurunkan bil tenaga bagi sektor perniagaan negara Eropah.

    “Jika tidak (perniagaan Slovakia) akan ditutup dan keadaan ini sebenarnya boleh meruntuhkan keseluruhan ekonomi,” kata Heger.

    Kenyataan daripada seorang pemimpin EU berhubung krisis tenaga di Eropah itu dibuat selepas Rusia mengurangkan sejumlah besar bekalan gas asli ke Eropah sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dikenakan ke atas Moscow berhubung perangnya ke atas Ukraine. – Bernama

    Saluran paip dipasang di tapak pembinaan terminal LNG di Jade Bight di Wilhelmshaven di pantai Laut Utara, barat laut Jerman kelmarin. Terminal import LNG itu dirancang beroperasi pada akhir 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...