Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Eropah denda TikTok AS$368 juta

    LONDON, 15 SEPT – Pihak berkuasa Eropah telah mengenakan denda sebanyak AS$368 juta kepada TikTok hari ini kerana gagal melindungi privasi kanak-kanak, kali pertama aplikasi perkongsian video pendek yang popular itu dihukum kerana melanggar undang-undang ketat privasi data Eropah.

    Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland, pengawal privasi utama bagi syarikat Big Tech yang mempunyai ibu pejabat Eropah di Dublin, mengatakan ia akan mengenakan denda sebanyak $345 juta euro kepada TikTok dan menegur platform tersebut atas pelanggaran yang berlaku sejak separuh kedua tahun 2020.

    Siasatan mendapati bahawa proses pendaftaran untuk pengguna remaja mengakibatkan akaun mereka terdedah kepada awam, membenarkan sesiapa sahaja untuk melihat dan memberikan komen pada video mereka. Pengaturan itu juga membahayakan kanak-kanak di bawah 13 tahun yang mendapat akses ke platform walaupun mereka tidak dibenarkan.

    Selain itu, ciri ‘pemadanan keluarga’ yang dikhaskan untuk ibu bapa menguruskan ‘setting’ tidak cukup ketat, membenarkan orang dewasa mengaktifkan mesej untuk pengguna berusia 16 dan 17 tahun tanpa persetujuan mereka. Ia mendorong pengguna remaja untuk memilih opsyen lebih ‘mengganggu privasi’ semasa mendaftar dan menghantar video, kata badan pengawas itu.

    TikTok berkata dalam satu kenyataan bahawa ia tidak bersetuju dengan keputusan itu, ‘terutamanya jumlah denda yang dikenakan.’ – AP

    Ikon untuk aplikasi perkongsian video TikTok dilihat pada telefon pintar pada 28 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...