Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    Eropah dilanda kemarau teruk

    PARIS, 5 OGOS – Sebahagian besar negara Eropah terus mengalami gelombang haba sejak Jun lalu, yang kini turut menjejaskan hasil tanaman dan memburukkan lagi krisis kos sara hidup penduduk.

    Suruhanjaya Eropah kelmarin menggesa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) supaya mengguna semula air sisa bandar yang terawat untuk pengairan di ladang yang kering-kontang.

    Di Perancis, petani amat terkesan dengan kemarau buruk yang mengakibatkan penggunaan air tawar begitu terhad.

    Malahan, agensi perkhidmatan meteorologi Perancis, Meteo-France memaklumkan taburan hujan pada Julai lalu hanya 9.7 milimeter, sekali gus menjadikannya bulan paling kering sejak Mac 1961.

    Petani di seluruh negara melaporkan kesukaran mereka untuk memberi makan ternakan susulan keadaan padang ragut yang gersang, manakala pengairan dilarang di kawasan besar di barat laut dan tenggara akibat kekurangan bekalan air tawar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan