Eropah kecam ujian misil Korea U

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 6 MAC – Anggota Majlis Keselamatan Eropah di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyertai Britain buat pertama kali selepas Brexit, mengutuk tindakan ujian peluru berpandu Korea Utara.

Belgium, Britain, Estonia, Perancis dan Jerman dalam satu kenyataan bersama, berkata mereka ‘amat bimbang’ dengan pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang pada Isnin lalu.

“Kami mengutuk tindakan provokasi tersebut. Ia menjejaskan keselamatan dan kestabilan serantau, termasuk keamanan dan keselamatan antarabangsa, dengan jelas melanggar resolusi sebulat suara Majlis Keselamatan PBB.”

Korea Selatan berkata Korea Utara melancarkan dua ujian peluru berpandu jarak dekat – di mana senjata nuklear Korea Utara telah diharamkan dari ujian berdasarkan peraturan PBB.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tealh menyaksikan sendiri ‘latihan artileri jarak jauh’.

Pyongyang telah menguji sebanyak 14 peluru berpandu sejak Mei dan mengancam untuk mendemonstrasikan ‘senjata strategik baharu’ tidak lama lagi.

“Kami tidak boleh menerima perkara ini sebagai sesuatu yang dianggap normal oleh Korea Utara kerana ia sering mencabuli undang-undang antarabangsa,” kata wakil Jerman ke PBB, Christoph Heusgen, memberitahu wartawan. – AFP