Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Eropah memasuki ‘penghujung’ COVID-19 – WHO

    COPENHAGEN, 3 FEB – Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Eropah hari ini berkata benua itu kini memasuki ‘penghujung’ pandemik dan jumlah kematian akibat koronavirus kini mula mendatar.

    Dr Hans Kluge berkata semasa sidang media bahawa ‘peluang baik’ bagi negara-negara di seluruh Eropah untuk mengawal jangkitan COVID-19 adalah disebabkan tiga faktor iaitu tahap imunisasi yang tinggi kerana vaksinasi dan jangkitan semula jadi, kecenderungan virus untuk kurang merebak pada musim panas dan kurangnya ancaman bawaan varian Omicron.

    “Tempoh perlindungan lebih tinggi ini akan menyaksikan keadaan kembali reda,” katanya.

    Ketika musim sejuk di Eropah semakin di penghujung, apabila secara semula jadinya penularan virus menurun, Kluge berkata musim bunga akan datang ‘akan membawa kita kepada kemungkinan tempoh aman yang panjang dan tahap perlindungan di kalangan penduduk lebih tinggi untuk melawan gelombang baharu penularan.”

    Walaupun timbul varian baharu, menurut Kluge, pihak kesihatan di Eropah sepatutnya boleh mengawal keadaan, dengan meneruskan usaha imunisasi dan penggalak, bersama-sama dengan campur tangan kesihatan awam.

    Walau bagaimanapun dia berkata, “ini memerlukan peningkatan drastik dalam perkongsian vaksin di seluruh sempadan,” dengan mengatakan vaksin mesti tersedia untuk semua orang di seluruh Eropah dan lainnya.

    Saintis berulang kali memberi amaran bahawa melainkan majoriti penduduk dunia sudah menerima vaksin, segala peluang untuk membiarkan COVID-19 untuk menular akan membolehkannya untuk bermutasi kepada bentuk yang lebih berbahaya dan mudah berjangkit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...