Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Eropah mungkin berdepan kekurangan gas tahun depan

    PARIS, 3 NOV – Agensi Tenaga Antarabangsa memberi amaran hari ini Eropah mesti bertindak segera untuk mengelakkan kekurangan gas asli tahun depan apabila Rusia mengurangkan penghantaran susulan perang Ukraine.

    Rantau itu mungkin kekurangan 30 bilion meter padu yang diperlukannya “untuk memacu ekonominya dan mengisi semula tapak simpanan yang mencukupi semasa musim panas 2023, menjejaskan persiapannya untuk musim sejuk 2023-2024,” kata agensi yang berpangkalan di Paris itu dalam satu laporan. IEA berkata kekurangan itu akan berlaku jika Rusia menghentikan penghantaran saluran paip sepenuhnya dan China meningkatkan import gas asli cecairnya, yang Eropah bergantung harap untuk menggantikan bekalan gas Rusia.

    Rusia secara drastik memotong bekalan ke Eropah sebagai tindakan balas yang disyaki terhadap sekatan Barat atas pencerobohannya ke atas Ukraine, tetapi rantau itu dapat mengisi tapak penyimpanan untuk musim sejuk yang akan datang ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...