Eropah rampas Piala Solheim

GLENEAGLES, 16 SEPT – Pasukan Eropah merampas kembali gelaran Piala Solheim dengan kemenangan 14.5-13.5 ke atas Amerika Syarikat di Gleneagles awal pagi ini.

Pemain wildcard dari Norway Suzann Pettersen memastikan pukulan putt kemenangan pada perlawanan terakhir di lapangan ini, menjadikannya birdie pada lubang ke-18 untuk menewaskan Marina Alex ‘one-up’ dalam final dramatik menerusi saingan paling sengit.

Ia adalah kekalahan pertama buat kapten AS Juli Inkster – dan tiga kemenangan daripada tiga kejohanan di Scotland buat pasukan Eropah selepas menjuarainya di Dalmahoy (1992) dan Loch Lomond (2000).

“Ia menakjubkan,” kata kapten Eropah dari Scotland Catriona Matthew selepas Eropah meraih kemenangan pertama sejak 2013. – AFP

Pasukan Eropah meraikan kejayaan merampas Piala Solheim di Gleneagles, kelmarin. – AFP