Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Erra Fazira buka saluran YouTube, kongsi kehidupan peribadi

    Mengikut perkembangan dan trend semasa, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira akui dirinya agak ketinggalan kerana belum mempunyai saluran YouTube sendiri seperti mana kebanyakan selebriti popular masa kini.

    Mengambil langkah proaktif dan sedar akan keperluan tersebut, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 48, bakal membuka saluran YouTube dan berkongsi kandungan bermanfaat kepada peminatnya.

    “Ramai artis yang sudah bergerak hebat dengan saluran YouTube mereka sendiri, manakala saya pula baru sahaja hendak bermula.

    “Kandungannya nanti akan lebih tertumpu kepada gaya hidup dan motivasi. Ia tidak terlalu serius kerana saya mahu beri manfaat kepada penonton.

    “Saya tidak kisah untuk kongsi kehidupan peribadi di rumah, namun perlu ada garis panduannya,” ujarnya kepada wartawan.

    Erra Fazira akui dirinya agak ketinggalan kerana belum mempunyai saluran YouTube sendiri. – Agensi

    Selain itu, pelakon yang mendapat jolokan primadona ini turut berkongsi pendapat perlunya seseorang artis itu tahu memasarkan diri dan produk seni mereka.

    Dalam masa sama, Erra bersetuju selain bakat, nilai komersial juga perlu ada dalam diri seseorang artis untuk pergi lebih jauh.

    “Apabila menjadi seorang artis tetapi tidak tahu hendak ‘jual diri’, itu adalah satu masalah. Mereka perlu tahu untuk seimbangkan kerjaya dan nilai komersial dalam diri.

    “Begitu juga dalam program televisyen yang mencari bakat nyanyian contohnya, akan ada juri profesional dan juri yang mewakili suara penonton,” ujarnya.

    Erra ditemui ketika majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul Rumah di Petaling Jaya baru-baru ini.

    Bercakap tentang filem kali ini, Erra terbuka menerima sebarang kritikan jika penonton kurang berpuas hati dengan lakonannya.

    Filem yang membawa kisah seorang ibu tunggal ini turut menampilkan Puteri Balqis dan Mak Jah sebagai pelakon utama.

    Filem Rumah bakal ditayangkan bermula 24 Februari di seluruh pawagam tanah air. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...