Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ershun lahirkan panda kembar

    CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran Chongqing dan dalam keadaan sihat ketika ini, menurut kenyataan zoo kelmarin.

    Anak-anak panda itu mempunyai berat 132 gram dan 91 gram, ketika ia dilahirkan. Kedua-duanya kini membesar seberat 420 gram dan 257 gram, tambah kenyataan.

    Ini merupakan kali kedua Ershun melahirkan anak kembar. Dilahirkan pada Ogos 2007, Ershun tinggal di Zoo Toronto dan Zoo Calgary, Kanada, sebagai sebahagian daripada perjanjian pinjaman antara Mac 2013 dan November 2020.

    Sejumlah 21 ekor panda kini tinggal di Zoo Chongqing, yang memulakan pembiakan panda gergasi pada 1960an. – Xinhua

    Gambar yang diambil pada 22 Julai 2022 menunjukkan Ershun di Zoo Chongqing. Panda itu telah melahirkan anak kembar pada Julai lalu dan dalam keadaan sihat. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...