Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Esma Daniel akur raya sendirian

Kembali menduda sejak empat tahun lalu, Esma Daniel (gambar bawah) makin betah menyambut Aidilfitri sendirian.

Pengarah filem Zaiton: Ceritaku ini mengaku sentiasa bersabar dalam apa sahaja perkara yang dihadapi dalam hidup.

“Sikap beralah saya sejak sekian lama, memakan diri.

“Namun, pada akhirnya, saya cuba bersabar dan terus memanjangkan doa agar peluang beraya dengan anak, kunjung tiba.

“Saya percaya detik itu akan tiba. Saya juga manusia biasa yang tak lepas membuat khilaf dan kesabaran ini ada batasnya,” katanya kepada media.

Menerusi perkahwinan pertama bersama pelakon, Sherie Merlis, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam perkahwinan kali kedua bersama bekas isteri, Nitra Sari Omar, mereka mendapat enam anak.

Esma berkata, dia sudah biasa beraya sendirian, apatah lagi seluruh negara mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan COVID-19.

“Saya sudah biasa dengan kekurangan di sana-sini termasuk anak tiada di sisi.

“Beberapa tahun lalu, saya sempat beraya dengan dua anak lelaki melalui perkahwinan pertama, Habib dan Harith.

“Tetapi, tahun ini, saya tidak dapat bersama mereka.

“Malah, ibu saya juga sudah berada di kampung di Bidor, Perak bersama keluarga isteri adik saya.

“Tetapi saya sempat bermaafan dengan ibu ketika memasuki minggu kedua puasa,” katanya yang beraya di rumah baharunya di Cyberjaya.

Seperti biasa, Esma menyambut Aidilfitri secara sederhana.

“Kita juga tidak digalakkan berkunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat-handai, apatah lagi merentas negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Esma membuat panggilan video kepada ahli keluarga dan sahabat untuk bermaaf-maafan.

Sementara itu, Esma teruja apabila kerajaan membenarkan syarikat produksi menyambung penggambaran berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Ini berita yang lama ditunggu penggiat seni. Ini bukti kerajaan Malaysia prihatin dengan nasib kami,” katanya. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -