Espargaro raih petak hadapan di Silverstone

SILVERSTONE, 29 OGOS – Pol Espargaro terpaksa menunggu untuk mengesahkan kedudukan petak hadapan yang mungkin dapat menghidupkan semula musim pertamanya yang mengerikan bersama Honda di Silverstone, kelmarin.

Pemandu Sepanyol itu merekodkan masa terpantas dengan 1 minit 58.889 saat apabila rakannya, Jorge Martin diberikan pujian dengan mencatat masa 1:58 saat sebelum pusingan kelayakan berakhir di Grand Prix Britain.

Kedua-dua pemandu tersebut mengelilingi litar dengan rasa tidak percaya, ia mengambil beberapa minit untuk penjaga masa menyedari pemandu Pramac Ducati mengambil jalan pintas di selekoh.

Itu membuatkan pemandu Itali, Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati menjadi kedua terpantas dengan 1.58.911. Pendahulu kejuaraan dari Perancis, Fabio Quartararo melengkapkan kedudukan barisan hadapan untuk pasukan Yamaha.

Martin menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas catatan masa awal. Dia berada di barisan kedua bersama penunggang Honda dari Sepanyol, Marc Marquez dan Aleix Espargaro dari pasukan Aprilia.

Aksi pemandu Honda, Pol Espargaro semasa sesi latihan di GP Britain di Silverstone, kelmarin.- AFP

Valentino Rossi, perlumbaan GP Britain terakhirnya sebelum bersara, merupakan pelumba kelapan terpantas dan akan memulakan perlumbaan di barisan ketiga.

Pol Espargaro, yang tidak pernah memenangi perlumbaan MotoGP sebelum ini, berpindah ke Honda pada musim ini dan belum pernah merekodkan kedudukan hadapan atau menaiki podium dalam 11 perlumbaan bersama pasukan barunya.

“Kami meraikannya seakan saya sudah memenangi perlumbaan,” dedahnya.

“Bagi saya, ia lebih daripada itu. Esok adalah perlumbaan untuk meraih mata, tetapi ini adalah langkah besar buat saya, bukan setakat tahun ini tetapi dalam keseluruhan karier saya untuk mendapatkan petak hadapan adalah sudah menjadi satu kemenangan pada hujung minggu selepas musim yang mencabar.

“Saya sering bergelut. Kadang kala kerja keras tidak membuahkan hasil, tetapi pada akhirnya ia pasti akan berlaku.”- AFP