Esper dipilih pemangku ketua Pentagon

WASHINGTON, 19 JUN – Setiausaha Tentera Mark Esper, yang dipilih oleh Presiden Donald Trump untuk menjadi pemangku ketua Pentagon baharu, ialah seorang bekas pegawai tentera yang berpindah ke industri pertahanan.

“Saya kenal Mark, dan tidak meragui beliau akan menjalankan tugas yang baik!” tulis Trump di Twitter ketika mengumumkan pelantikannya.

Tidak seperti pemimpin sebelum beliau dalam jawatan itu, yang tidak mempunyai pengalaman tentera, Esper, 55 tahun, pernah berkhidmat dalam misi Perang Teluk 1991.

Beliau ialah salah seorang anggota Tentera AS Divisyen Tentera Udara ke-101, yang baru-baru ini dianugerahi pingat pada upacara memperingati ulang tahun pendaratan D-Day ke-75 di Normandy.

Beliau juga rapat dengan diplomat tertinggi AS Mike Pompeo, di mana beliau belajar di akademi tentera West Point.

Kedua-dua mereka lulus pada tahun yang sama, 1986.

Esper juga biasa dengan Kongres AS, pernah menasihat beberapa senator, termasuk Chuck Hagel, yang menjadi setiausaha pertahanan selepas itu. – AFP

Gambar fail bertarikh 2 April 2019 menunjukkan Setiausaha Tentera Mark Esper bercakap ketika mesyuarat belanjawan Jawatankuasa Perkhidmatan Angkatan Bersenjata di Capitol Hill, Washington. Presiden Donald Trump menamakan Esper sebagai pemangku Setiausaha Pertahanan pada 18 Jun.- AP