Esscom siasat juragan bot tunda ditembak

LAHAD DATU, 6 Dis – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih menjalankan siasatan berhubung seorang juragan bot tunda warga Indonesia cedera ditembak di perairan sempadan Kinabatangan-Tambisan, malam tadi. Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata dalam kejadian 8 malam itu, lelaki berusia 40-an itu cedera ditembak ketika sedang menunda bot Mantran 2 yang membawa 13 kru iaitu dua warga Malaysia dan bakinya warga Indonesia yang dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Papua New Guinea.

“Terdapat sebuah bot dipercayai dinaiki empat individu membawa senjata api telah menghampiri bot tunda, sebelum seorang lelaki melepaskan tembakan dan mengenai bahagian paha mangsa. – Bernama