Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

ESSCom tumpas 41 puak terlibat militan, penculikan sejak 2013

-

LAHAD DATU, 8 DIS – Sebanyak 41 puak dalam Kumpulan Abu Sayyaf yang terbabit dengan penculikan untuk wang tebusan serta kumpulan militan di Sabah, ditumpaskan sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ditubuhkan pada tahun 2013, kata Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman. 

Beliau berkata kejayaan itu adalah susulan tindakan pantas pasukan perisikan ESSCom, hasil pertukaran maklumat risikan (intelligence exchange) dengan Joint Task Force Sulu serta pasukan tentera Western Mindanao Command (Westmincom).

Katanya dua daripada puak berkenaan yakni Clan Hatib Munap Binda serta Clan Jemaah Group Pimpinan Ustaz Mamay Aburi, ditumpaskan di Sabah, semasa beliau menjadi Komander ESSCom, manakala bakinya di tumpaskan di Filipina.

Menurutnya selain itu tiga operasi khas ESSCom bersama pihak berkuasa Filipina turut dapat meneutralkan sembilan sasaran utama untuk aktiviti Abu Sayyaf serta penculikan bagi mendapatkan wang tebusan di ESSZone, sekali gus mengekalkan sifar penculikan. 

“Sepanjang saya menerajui ESSCom, tiada penculikan berlaku dan ini semua kerana kerjasama semua elemen dalam ESSCom serta perisikan dengan pihak keselamatan Filipina serta Indonesia,” kata Ahmad Fuad yang akan bersara pada 11 Dis ini, kepada pemberita selepas perbarisan perpisahan sempena persaraannya di sini hari ini. – Bernama

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan (empat, kiri) bersama (dari kiri) melihat replika Kuarters Pekerja Berpusat Bersepadu (ICLQ) pertama di Malaysia selepas merasmikan ICLQ di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, semalam. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -