BANDUNG, 18 April – Michael Essien dan Carlton Cole kini berdepan dengan beberapa masalah di Indonesia selepas kelab baru mereka mengakui bahawa ia belum mendapatkan permit kerja bagi kedua bekas pemain Liga Perdana itu.
Kedua pemain itu ditandantangi dengan penuh tarikan oleh Persib Bandung, salah sebuah kelab terbaik negara itu, dalam usaha merangsang bola sepak Indonesia selepas kembali daripada penggantungan FIFA dan pelancaran liga baru.
Tetapi kelab itu kini dijangka dipersoalkan oleh pihak berkuasa imigresen selepas Agensi Sukan Profesional yang disokong kerajaan mendapati kedua pemain itu tidak mempunyai permit yang diperlukan.
Kelab itu mengakui bahawa kedua pemain itu, yang telah membuat penampilan pertama dalam Liga 1 negara itu hujung minggu lalu, masih belum mempunyai dokumen yang diperlukan.
Persib menyatakan bahawa ia masih dalam proses bagi kertas kerja beberapa hari sebelum perlawanan pertama. Permit itu tidak selesai tepat pada masannya, tetapi pertubuhan bola sepak itu dan penganjur liga memberikan mereka kebenaran untuk bermain.
Pengurus Umuh Muchtar menuduh agensi sukan itu, yang melaporkan kepada kerajaan dan pengawas pemain asing di negara itu, melampau.
“Mereka ke sini untuk berseronok bersama kami, mereka mahu menaikkan nama Indonesia di mata dunia,” katanya.
Dia menambah: “Semua orang kenal Essien adalah pemain kelas dunia, bukan pendatang haram.”
Pihak berkuasa Imigresen telah memanggil pengurusan kelab tetapi ia masih belum pasti bila perbicaraan akan diadakan. – AFP