Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Essilor beli pereka kaca mata mewah Itali

    PARIS, 16 Jan – Pembuat kanta mata Perancis, Essilor telah bersetuju untuk membeli pereka kaca mata mewah Itali, Luxottica dalam bidaan untuk mewujudkan gabungan global baru dalam sektor tersebut, dua kumpulan itu mengumumkan hari ini.

    Saham di Essilor, pemimpin ulung kanta di dunia, meningkat 13.8 peratus dalam tukaran saham Paris dan saham Luxottica meningkat 8.2 peratus di Milan dalam berita yang disiarkan pada jam 1100 GMT.

    Gabungan kumpulan itu akan menjadikan permodalan pasaran sekitar 46.2 bilion euro (AS$49 bilion), berdasarkan harga saham penutup kedua-dua buah syarikat itu pada Jumaat.

    Di bawah syarat transaksi, keluarga Leonard Del Vecchio, pengasas dan ketua eksekutif Luxottica, akan menyerahkan sahamnya kepada Essilor, yang kemudian akan melancarkan bidaan awam untuk membeli lebihan saham.

    Del Vecchio, 81, mengawal 62 peratus saham menerusi syarikat Delfin.

    “Akhirnya, dua produk yang saling melengkapi, penamaan kanta dan bingkai, akan direka, pengilangan dan pengagihan di bawah bumbung yang sama,” kata Del Vecchio. – AFP

    Logo syarikat kaca mata Itali, Luxottica di bumbung ibu pejabat syarikatnya di Milan. – AFP
    Logo syarikat kaca mata Itali, Luxottica di bumbung ibu pejabat syarikatnya di Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda