Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Estee Lauder beli jenama fesyen Tom Ford AS$2.3 bilion

    NEW YORK, 16 NOV – Jenama kecantikan Estee Lauder berkata dalam satu kenyataan semalam ia telah bersetuju untuk membeli syarikat pereka fesyen Tom Ford pada harga AS$2.3 bilion.

    Perjanjian itu, yang menilai perniagaan Ford pada AS$2.8 bilion, akan melihat pereka fesyen Amerika Syarikat (AS) itu mengekalkan jawatannya sebagai pengarah kreatif sehingga akhir tahun depan.

    Mengumpul jenama di bawah ‘kepimpinan’ Syarikat Estee Lauder (ELC) ‘akan membenarkan jenama Tom Ford terus kekal sebagai salah satu jenama mewah global pada abad ke-21, kata ELC dalam kenyataan. Perjanjian itu termasuk koleksi kosmetik dan minyak wangi Tom Ford Beauty, yang telah pun memeterai perjanjian pelesenan dengan Estee Lauder sehingga 2030.

    Estee Lauder juga memiliki jenama utama seperti kosmetik MAC, Clinique dan produk wajah La Mer serta Aveda.

    Kumpulan itu menjangka Tom Ford Beauty mencatat jualan sebanyak satu bilion dolar setahun dalam masa dua tahun, mengharapkan keuntungan produk minyak wangi di AS dan China.

    Perjanjian itu juga termasuk lesen untuk jenama fesyen lelaki dan wanita, label kaca mata dan aksesori serta divisyen pakaian dalam, menurut kenyataan.

    Pembelian Tom Ford akan memberikan Estee Lauder hak harta intelektual untuk semua produknya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Tom Ford menghadiri Anugerah Fesyen CFDA di The Pool dan The Grill di New York. Estee Lauder akan membeli Tom Ford dalam perjanjian bernilai AS$2.3 bilion. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...