Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Estonia pindah monumen era Soviet, timbul kemarahan awam

    COPENHAGEN, DENMARK – Kerajaan Estonia memutuskan untuk meng- alihkan monumen era Soviet daripada tempat awam di sebuah bandar sempadan timur Baltik.

    Perdana menteri berkata pelaksanaan tersebut bertujuan untuk mengelakkan kemarahan rakyatnya.

    “Tiada siapa yang mahu melihat militan dan jiran yang bermusuhan daripada menimbulkan ketegangan di negara ini,” kata Perdana Menteri Estonia, Kaja Kallas.

    Tambahnya, kerajaan Estonia tidak akan membenarkan Rusia mengambil kesempatan untuk menggunakan sejarah masa lalu bagi menggugat keamanan Estonia.

    Monumen replika kereta kebal T-34 dengan logo Soviet itu dibina bagi memperingati tentera Soviet yang maut ketika membebaskan Estonia daripada pemerintahan Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

    Replika kereta kebal milik Soviet itu akan dipindahkan ke Muzium Perang Estonia, Viimsi, utara bandaraya Tallinn, lapor penyiar tempatan EER.

    Menteri Luar Negeri Estonia, Urmas Reinsalu dalam satu kenyataan mendakwa Rusia akan memperingati rejim jajahan untuk menimbulkan pergolakan masyarakat Estonia.

    Pada 15 Ogos lalu, majlis bandaran di Narva membuat keputusan untuk menumbang dan memindahkan tujuh monumen, namun mendapat tentangan daripada orang awam. – AP

    Kerja pemindahan monumen kereta kebal T-34 era Soviet di Narva, Estonia pada 16 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...