DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 27 Sept – Syarikat pengangkutan jarak jauh berpangkalan di Abu Dhabi, Etihad berkata seorang juruterbang meninggal dunia dalam salah satu penerbangan kargonya.
Etihad berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa juruterbang itu menaiki pesawat EY927 terbang dari Abu Dhabi menuju ke Amsterdam ‘menjadi tidak berupaya’ semasa penerbangan itu.
Etihad berkata pegawai pertama pesawat itu mengeluarkan panggilan kecemasan dan mengubah haluan pesawat ke Kuwait dengan selamat. Bagaimanapun, juruterbang berkenaan meninggal dunia semasa menerima rawatan perubatan sejurus mendarat. – AP