Etios, paling mampu milik

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Di-bangunkan dengan kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan Toyota yang menjadi legenda, Etios adalah kereta yang mempunyai penampilan hebat, selesa dan cekap tenaga, tetapi merupakan model Toyota yang paling mampu milik.

Toyota Etios terdapat dalam dua pilihan iaitu Sedan 1.5L dan Hatchback 1.5L mengikut kemahuan dan keperluan pelanggan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan NBT Brunei, Etios mempunyai ruang belakang yang boleh memuatkan tiga orang dewasa dengan selesa selain ruang kepala dan kaki yang luas.

Model ini juga mempunyai banyak tempat simpanan seperti poket pintu pemandu dan penumpang depan yang sesuai untuk menyimpan buku, kaca mata hitam dan barangan kecil
lain.

Etios Sedan mempunyai ruang but tambahan yang boleh memuatkan lebih banyak barangan pelbagai saiz.

Sementara itu, Etios Hatchback mempunyai kerusi boleh dilipat di bahagian belakang yang menghasilkan kawasan terbuka dari but ke ruang penumpang bagi meningkatkan kargo serba
guna.

Keselamatan juga ditekankan dengan ciri-ciri seperti beg udara, Anti-Lock Braking System dan lain-lain.

Dengan rekaan dalaman yang mewah dan luaran yang berani, Toyota Etios direka untuk menarik lebih ramai pelanggan dengan ciri-ciri keselesaan yang dipertingkat.

Toyota Etios terdapat dalam dua pilihan iaitu Sedan 1.5L dan Hatchback 1.5L. – Gambar serahan NBT Brunei