Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

EU adakan rundingan berkaitan sekatan Poland

-

BRUSSELS, 26 Julai – EU mengadakan rundingan peringkat tinggi hari ini mengenai sama ada bertindak untuk mengenakan sekatan ke atas kerajaan Poland berhubung usahanya untuk mengawal mahkamah negara.

Kesatuan Eropah pada minggu lalu mengingatkan kerajaan sayap kanan di Warsaw supaya jangan menggubal rang undang-undang baru yang akan menjejas kebebasan badan kehakiman, yang dijamin oleh perjanjian EU.

Presiden Poland Andrzej Duda mengejutkan ramai orang pada Isnin apabila beliau memveto dua daripada pembaharuan kontroversi tetapi menandatangan rang undang-undang ketiga menjadi undang-undang meskipun menerima bantahan daripada penujuk perasaan Poland.

Dengan hanya satu daripada pembaharuan diluluskan, masih tidak jelas apa langkah, jika ada, akan diumumkan oleh Naib Presiden Pertama EU Frans Timmermans pada hari ini.

Suruhanjaya itu, eksekutif EU 28 negara, pada minggu lalu menggesa Poland supaya menangguh pembaharuan dan mengingatkan ia akan ‘menyedia prosedur pelanggaran untuk pencabulan undang-undang EU’ ke atas Warsaw.

Di bawah prosedur berkenaan yang akan diperdebatkan hari ini, negara EU boleh dikemukakan di mahkamah tertinggi blok dan akhirnya diberikan denda atas pencabulan.

Duda semalam menandatangan salah satu pembaharuan menjadi undang-undang sementara Perdana Menteri Poland Beata Szydlo menegaskan parti Undang-Undang dan Keadilan (PiS) akan meneruskan bersama yang lain.

“Undang-undang berkenaan menambah ancaman sistemik terhadap kedaulatan undang-undang di Poland,” Timmermans mengingatkan pada minggu lalu, menambah mereka akan meletakkan badan kehakiman di bawah kawalan penuh kerajaan. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -