Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU adakan sidang kemuncak Brexit pada 29 April

    BRUSSELS, 21 Mac – Negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) yang tinggal 27 buah negara akan mengadakan sidang kemuncak khas pada 29 April untuk memutuskan objektif politik bagi rundingan Brexit, kata presiden Donald Tusk hari ini.

    Pengumuman Tusk muncul sehari selepas London berkata Perdana Menteri Theresa May akan mencetuskan proses dua tahun bagi pengeluaran Britain pada 29 Mac.

    “Memandangkan apa yang telah diumumkan di London kelmarin, saya ingin memberitahu anda bahawa saya akan memanggil Majlis Eropah pada 29 April untuk mengadaptasi garis pandu bagi rundingan Brexit,” Tusk mengadakan sidang media di Brussels. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda