Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    EU akan hadkan perdagangan berlian Rusia

    MOSCOW, 19 MEI – Kesatuan Eropah (EU) merancang menyekat perdagangan berlian Rusia, kata presiden Majlis Eropah, Charles Michel hari ini, lapor Sputnik.

    Terdahulu, Perdana Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak mengumumkan sekatan termasuk import berlian dari Rusia. Sekatan itu juga termasuk pembekuan AS$4 bilion ke atas pasaran eksport berlian.

    “Kami kini memberi tumpuan untuk menangani segala kelemahan yang ada dan terus memotong Rusia daripada bekalan kritikal. Kami akan menyekat perdagangan berlian Rusia dan kami akan menyatakan secara terbuka dan terus terang mengapa sekatan ini perlu dan wajar,” kata Michel dalam satu kenyataan sebelum Sidang Kemuncak G7 di Hiroshima. – Bernama

    Michel bercakap pada sidang akhbar di pusat media untuk Sidang Kemuncak Pemimpin G7 di Hiroshima, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...