Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    EU akan sekat eksport hidrokarbon Rusia

    STRASBOURG, 6 APRIL – Pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) hari ini berkata blok itu tidak lama lagi akan mengenakan sekatan ke atas kesemua eksport hidrokarbon Rusia selepas mereka menyalahkan Moscow atas ‘penjenayah perang’ yang ditemui di Ukraine, terutama di bandar Bucha.

    Pengisytiharan itu, dibuat di Parlimen Eropah di bandar Perancis, Strasbourg, dibuat ketika EU bertindak mengenakan sekatan pusingan kelima menghentikan pengimportan arang batu Rusia, sementara NATO dan menteri-menteri luar G7 berkumpul di Brussels untuk langkah selanjutnya mengenai tindakan yang diselaraskan.

    EU juga mesti mengenakan sekatan ke atas minyak dan gas Rusia ‘lebih cepat’, kata ketua Majlis Eropah, Charles Michel kepada ahli Parlimen Eropah.

    Kematian orang awam di Bucha dan beberapa bahagian di Ukraine adalah ‘jenayah perang’ dan ‘namun lebih banyak bukti bahawa keganasan Rusia ke atas rakyat Ukraine tiada batasan,” katanya.

    “EU tidak akan berpaling tadah. Kami akan melihat terus kepada realiti. Ia mesti, dan pasti dikenakan akibat buruk bagi semua yang bertanggungjawab,” katanya.

    Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata, ”Kami akan mempertanggungjawabkan kepada mereka yang bertanggungjawab atas jenayah perang. Pelaku mesti menerima padah selepas kejadian di Bucha dan lebih lagi.”

    Dia berkata EU berhasrat untuk mengenakan sekatan ‘pintar’ yang akan merugikan Rusia lebih daripada EU.

    Langkah terkini, katanya, “tidak akan menjadi sekatan penghabisan.” – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...