Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    EU azam lindungi teknologi sensitif

    STRASBOURG, PERANCIS, 4 OKT – Kesatuan Eropah (EU) kelmarin mengumumkan senarai teknologi sensitif yang perlu dijauhkan dari tangan pesaing, ketika blok itu mengambil langkah selanjutnya bagi menghadapi dasar perdagangan agresif China.

    Brussels sedang membangunkan senjata dasar perdagangan untuk melindungi blok itu daripada tindakan negara pesaing, selepas kejutan rantaian bekalan menggegarkan ekonomi Eropah semasa pandemik COVID, dan krisis tenaga yang menyusuli pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Ia termasuk alat yang diluluskan oleh Parlimen Eropah kelmarin yang bertujuan untuk menghukum negara-negara yang cuba memberi tekanan kepada salah satu negara anggotanya.

    Suruhanjaya Eropah menerbitkan senarai empat teknologi paling kritikal yang dipercayai Eropah perlu dipantau dengan lebih berhati-hati kerana ia berpotensi membahayakan keselamatan blok itu jika jatuh ke tangan yang salah.

    Ia termasuk semikonduktor canggih yang digunakan untuk kebanyakan barangan elektrik yang digunakan oleh orang ramai setiap hari; kecerdasan buatan termasuk pengkomputeran awan; teknologi kuantum; dan bioteknologi termasuk teknik pengubahsuaian genetik.

    Suruhanjaya akan menjalankan penilaian risiko dengan negara-negara anggota menjelang akhir tahun untuk menentukan langkah-langkah susulan yang perlu diambil, yang mungkin termasuk kawalan eksport.

    “Kita perlu sentiasa memantau teknologi kritikal kita, menilai pendedahan risiko kita dan – apabila perlu, mengambil langkah untuk mengekalkan kepentingan strategik kita dan keselamatan kita,” kata pesuruhjaya pasaran dalaman EU, Thierry Breton.

    Eropah ‘mengakhiri era naif’, tambah Breton dalam satu kenyataan.

    Tiada sebutan langsung mengenai China atau Rusia, tetapi sasaran senarai itu jelas. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...