Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    EU beku aset Rusia bernilai AS$13.8b

    PRAGUE, 12 JULAI – Kesatuan Eropah (EU) telah membekukan aset Rusia yang bernilai AS$13.8 bilion sejak negara itu menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu, kata Pesuruhjaya Undang-Undang EU, Didier Reynders, hari ini.

    “Setakat ini, kami telah membekukan aset dari oligarki dan beberapa entiti lainnya yang bernilai AS$13.8 bilion, ia adalah jumlah yang sangat besar,” kata Reynders kepada wartawan di Prague.

    “Tetapi saya harus katakan sebahagian besar daripadanya, lebih dari AS$12 bilion berasal dari lima negara-negara ahli,” tambahnya semasa mesyuarat menteri-menteri perundangan EU yang diadakan oleh Republik Czech, yang memegang jawatan presiden EU secara bergilir.

    Beliau enggan menyebut lima negara tersebut tetapi menambah bahawa Reynders menjangkakan ahli-ahli dari 23 ahli blok untuk mempertingkatkan usaha mereka tidak lama lagi.

    Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner meletakkan nilai aset yang dibekukan oleh Jerman sendiri berjumlah 4.48 bilion euro pada pertengahan Jun lalu.

    Menteri Perundangan Ukraine, Denys Maliuska semasa berada di Prague berkata aset tersebut akan digunakan untuk mengganti rugi kerosakan yang disebabkan oleh peperangan itu.

    “Pada masa ini ia dilindungi oleh kedaulatan tetapi menurut kefahaman kami, aset itu adalah milik negara yang memulakan perang, melakukan keganasan, sepatutnya tidak dilindungi oleh imuniti kedaulatan,” katanya.

    “Kami berdepan dengan kesukaran akibat kemerosotan ekonomi dan ia adalah tidak masuk akal untuk menggunakan wang Ukraine atau pembayar cukai Eropah bagi membaik pulih kerosakan itu,” kata Maliuska.

    Pada penghujung Jun, pasukan petugas sekatan antarabangsa berkata ahli-ahlinya, termasuk beberapa negara EU, menyekat aset bernilai AS$30 bilion yang dimiliki oligarki dan pegawai-pegawai Rusia.

    Pasukan Petugas Elit, Proksi dan Oligarki Rusia (REPO) berkata ahli-ahlinya – yang juga termasuk Britain, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat dan negara sekutu lainnya telah membekukan AS$300 bilion yang dimiliki oleh bank pusat Rusia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...