Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU beli 500,000 dos Remdesivir

    BRUSSELS, 8 OKT – Suruhanjaya Eropah (EC) berkata ia telah mencapai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Gilead untuk membeli 500,000 dos rawatan Remdesivir.

    Tidak ada rawatan yang terbukti mampu mencegah penyakit serius selepas jangkitan koronavirus tetapi ubat antiviral yang juga dikenali dengan nama komersial Veklury itu telah membantu beberapa pesakit COVID-19 pulih dengan lebih cepat.

    Remdesivir telah diluluskan sebagai rawatan untuk koronavirus oleh Suruhanjaya pada Julai.

    “Hari ini, kami mendapat akses kepada Remdesivir untuk rawatan sehingga 500,000 pesakit yang memerlukan,” kata Stella Kyriakides, Pesuruhjaya Kesihatan dan Keselamatan Makanan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda