Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU beri amaran, elak tambah krisis

    ISTANBUL, 13 Mac – Kesatuan Eropah (EU) hari ini memberi amaran Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk mengelak retorik yang bersifat menghasut ketika krisis diplomatik antara Turki dan Belanda semakin mendalam berhubung penyekatan menteri-menteri Turki daripada mengadakan perhimpunan untuk mendapat sokongan bagi rancangan meluaskan kuasanya.

    Erdogan pada hujung minggu dua kali menuduh sekutu NATO, Belanda bertindak seperti Nazi, komen yang mencetuskan kemarahan di negara yang mengebom dan diduduki oleh tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

    Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, yang berdepan cabaran besar daripada pihak berhaluan kanan dalam pilihan raya am penting pada Rabu, berkata komen Erdogan tidak dapat diterima dan Ankara yang seharusnya meminta maaf.

    Dalam ketegangan memuncak yang memberi risiko hubungan bersama Turki yang sudah pun musnah dengan EU menjelang referendum perubahan perlembagaan pada 16 April, Brussels dengan tegas memberi amaran Ankara untuk mengelak daripada memburukkan situasi lagi.

    Dalam rujukan jelas kepada komen Erdogan, ketua dasar luar negeri EU, Federica Mogherini dan Pesuruhjaya Besar EU, Johannes Hahn menggesa Turki untuk ‘mengelak daripada membuat kenyataan berlebihan dan tindakan mencetuskan risiko selanjutnya yang memburukkan lagi keadaan.

    “Adalah sangat penting untuk mengelak keburukan selanjutnya dan mencari jalan untuk menenangkan situasi itu,” tambah kenyataan mereka lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda