Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    EU beri amaran kepada Fiat Itali

    BRUSSELS, 17 Mei – Kesatuan Eropah (EU) melancarkan prosiding-prosiding pelanggaran terhadap Itali hari ini atas kegagalan dengan secukupnya menyiasat dakwaan-dakwaan penipuan emisi terhadap pembuat kereta Fiat.

    Dakwaan-dakwaan yang melibatkan gergasi pembuat kereta Itali itu tiba berikutan skandal ‘dieselgate’ Volkswagen, didedahkan dalam 2015 yang telah menjejaskan 11 juta kereta.

    Suruhanjaya Eropah, anggota eksekutif EU, berkata pihak berkuasa Itali mengabaikan kehadiran “peranti kekalahan” dalam kereta-kereta Fiat yang membolehkan kereta-kereta untuk mengurangkan tahap-tahap pencemaran ketika ujian dijalankan.

    Fiat kini diberikan notis oleh EU berikutan kegagalan dengan secukupnya menyiasat dakwaan-dakwaan penipuan emisi kenderaan buatan mereka. – AFP
    Fiat kini diberikan notis oleh EU berikutan kegagalan dengan secukupnya menyiasat dakwaan-dakwaan penipuan emisi kenderaan buatan mereka. – AFP

    Itali diikuti Jerman, Britai dan lima lagi negara ahli dicabar oleh suruhanjaya itu dalam Disember kerana membutakan mata terhadap penipuan emisi.

    “Pihak suruhanjaya membuat keputusan hari ini untuk menghantar satu notis rasmi meminta Itali untuk memberikan tindak balas terhadap kebimbangan mengenai tindakan diambil yang tidak mencukupi mengenai strategi-strategi kawalan yang dilakukan oleh Fiat Chrysler Automobiles Group (FCA),” menurut keterangan itu.

    Notis itu merupakan langkah pertama dalam prosedur pelanggaran EU yang memastikan bloc 28 negara ahli mematuhi peraturan-peraturan EU. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda