Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

EU beri maklum balas kepada subsidi teknologi hijau AS

BRUSSELS, 1 FEB – EU hari ini akan mendedahkan rancangan untuk menangkis ancaman kepada industri Eropah daripada subsidi tenaga hijau AS dan persaingan yang tidak adil dari China, dengan cadangan bocor menunjukkan perluasan peraturan bantuan negara.

Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang perbelanjaan penting tahun lalu untuk subsidi AS$370 bilion untuk peralihan tenaganya, termasuk pemotongan cukai untuk kereta elektrik dan bateri buatan AS, menyebabkan pengeluar Eropah kecewa.

Negara-negara Eropah terkejut dengan sebahagian daripada Akta Pengurangan Inflasi (IRA) kerana ia menawarkan kelebihan mewah untuk pembeli kenderaan elektrik AS jika mereka ‘Beli barangan Amerika’.

Maklum balas Suruhanjaya Eropah telah dibuat berdasarkan latar belakang perselisihan pendapat di kalangan negara anggota EU tentang cara terbaik untuk melindungi perniagaan Eropah, dan kebimbangan untuk mencetuskan perang perdagangan.

Negara-negara seperti Perancis menggesa peraturan bantuan negara diperluaskan. Tetapi yang lain mengatakan itu hanya akan membantu negara anggota yang lebih kaya malah memecah-belah pasaran tunggal kerana negara yang memiliki pendapatan yang kurang, tidak akan dapat mencurahkan wang yang besar ke dalam perniagaan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -