Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    EU berminat sertai sektor kewangan, perniagaan Labuan

    LABUAN, 18 OGOS – Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia berminat untuk menyertai sektor perniagaan dan kewangan antarabangsa Labuan.

    Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas berkata beliau telah diberikan taklimat mengenai pelbagai perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) untuk membolehkan penggiat industri Eropah membuat pelaburan.

    “Saya telah mendengar taklimat daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengenai pelbagai perkhidmatan dan produk yang ditawarkan Labuan IBFC.

    “Satu daripada produk itu adalah insurans kaptif dan bagi saya, ia adalah produk menarik yang boleh dikongsikan dengan penggiat industri Eropah sebagai pelaburan berpotensi untuk mereka,” katanya kepada Bernama selepas bertemu Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias.

    Katanya terdapat penggiat industri EU yang mempunyai kepakaran dan pengalaman meluas dalam projek pembangunan pembinaan pelabuhan dan pelabuhan bio.

    “Penggiat industri kami memiliki kepakaran meluas dalam pembangunan pelabuhan seperti Pelabuhan Rotterdam dan sebahagian daripada mereka telah bekerjasama dalam pembangunan projek pengembangan pelabuhan di Sarawak dan Perak,” katanya. – Bernama

    Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Bashir Alias menerima kunjungan Duta EU ke Malaysia Michalis Rokas di Menara Perbadanan Labuan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...