EU bincang rancangan selamatkan ekonomi

BRUSSELS, 19 JULAI – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) kembali bersidang buat hari ketiga hari ini bagi membincangkan perancangan khusus pakej keselamatan ekonomi susulan pandemik COVID-19.

Selama dua hari, Belanda dan sekutunya menolak rayuan Jerman serta Perancis, dua anggota paling berpengaruh blok itu, untuk menye-tujui perancangan membantu dua negara paling terjejas iaitu Itali dan Sepanyol.

Belanda menuntut negara anggota lain menggunakan kuasa veto terhadap bantuan kewangan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan pembaharuan pasaran buruh.

Bagaimanapun, Austria, Finland, Denmark dan Sweden mahu melihat pakej pinjaman 750 bilion euro dikurangkan.

Selepas dua hari bermesyuarat bersama kumpulan 27 pemimpin, Presiden Majlis EU, Charles

Michel terpaksa merangka satu penyelesaian yang boleh memuaskan hati semua pihak sebelum semua kembali berhimpun tengah hari ini.

“Rundingan ini memasuki fasa teramat penting, tidak dapat dipastikan sama ada kami berhasil mencari jalan penyelesaian, tetapi ia berbaloi untuk diteruskan,” kata seorang anggota delegasi Jerman. – AFP