Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    EU cadang gantung pembiayaan Hungary

    BRUSSELS, 18 SEPT – Cabang eksekutif Kesatuan Eropah hari ini mencadangkan untuk menggantung pembiayaan 7.5 bilion euro di Hungary ketika ia menunggu janji pembaharuan antirasuah dari Budapest.

    Kesatuan Eropah (EU) dan Hungary telah bertelagah selama beberapa bulan, dengan Brussels mengesyaki kerajaan pimpinan Perdana Menteri Viktor Orban menyalahguna kedaulatan undang-undang dan menggunakan wang EU untuk membiayai konco-konconya.

    “Suruhanjaya mencadangkan penggantungan 75 peratus daripada komitmen untuk program bersepadu dan dasar yang bersamaan dengan 7.5 bilion euro,” beritahu Menteri Belanjawan Suruhanjaya Eropah, Johannes Han, pada sidang media hari ini.

    “Hungary telah berjanji akan menjalankan pembaharuan sepenuhnya mengenai pelaksanaan langkah-langkah pemulihan pada 19 November,” kata beliau.

    “Kami akan menilai situasi sekali lagi dan bertindak sewajarnya.”

    Keputusan muktamad mengenai cadangan akan dibuat oleh Majlis EU.

    Semalam, kerajaan Hungary berkata ahli parlimen akan mengundi pada minggu depan mengenai beberapa siri undang-undang bertujuan meredakan konflik yang dihadapi. – AFP

    Perdana Menteri Hungary Viktor Orban semasa bercakap pada sidang media dengan Presiden Serbia Aleksander Vucic di Belgrade, Serbia pada 16 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...