Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    EU cadang guna vaksin cacar

    THE HAGUE, 22 JULAI – Badan pemantau perubatan Kesatuan Eropah hari ini mencadangkan kelulusan penggunaan vaksin cacar untuk merawat cacar monyet, yang boleh diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai kecemasan kesihatan global.

    Jawatankuasa perubatan manusia EMA (CHMP) mencadangkan perluasan indikasi vaksin cacar Imvanex untuk merangkumi perlindungan bagi orang dewasa daripada cacar monyet, Agensi Perubatan Eropah (EMA) menjelaskan dalam satu kenyataan.

    Imvanex, dibangunkan oleh pembuat ubat-ubatan Denmark, Bavarian Nordic diluluskan di Eropah sejak 2013 bagi pencegahan cacar. Ia juga dianggap vaksin berpotensi bagi cacar monyet kerana persamaan antara cacar monyet dan cacar.

    Cacar monyet kurang berbahaya dan berjangkit berbanding cacar yang dihapuskan dalam 1980an.

    Simptom pertama cacar monyet adalah demam, sakit kepala, sakit otot dan sakit belakang dalam masa lima hari. Ruam akan beransur-ansur muncul di wajah, tapak tangan dan tapak kaki, diikuti lesi, tompokan dan akhirnya keruping.

    Kelmarin, pakar membincangkan sama ada WHO akan mengklasifikasikan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global – tahap waspada tertinggi yang boleh diumumkannya.

    Ia merupakan mesyuarat kedua jawatankuasa kecemasan WHO mengenai virus itu dan bersidang selepas hampir 15,400 kes dilaporkan dari 71 negara, menurut Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat.

    Peningkatan jangkitan cacar monyet sudah dilaporkan sejak awal Mei di luar negara-negara Barat dan Tengah Afrika yang sudah lama endemik. – AP

    Gambar fail 12 Julai lalu menunjukkan vaksin cacar semasa kempen vaksinasi di Pirde Center di Wilton Manors, Florida. Pemantau perubatan Kesatuan EU kelmarin mencadangkan vaksin cacar boleh diluluskan untuk penggunaan merawat cacar monyet. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...