VILNIUS, 10 MAC – EU mesti menyediakan peruntukkan untuk membolehkan pengerahan tentera berjalan lebih cepat ke seluruh Eropah, menteri-menteri pertahanan dari empat buat negara dari Timur Eropah berkata hari ini, dengan bahagian Barat menyokong untuk satu pusingan baharu mengenai perbincangan belanjawan.
EU dan ahli NATO termasuk Latvia, Lithuania, Poland dan Romania, berkata Brussles akan melemahkan cita-cita Kesatuan Eropah dengan memotong belanjawan untuk program ‘pengerahan tentera’ termasuk langkah-langkah untuk mengerakkan tentera dan peralatan dengan cepat dalam kejadian konflik dengan Rusia.
‘Dokumen terbaharu’ Pesuruhjaya Eropah’ mengenai bajet EU 2021-2027, yang disaksikan oleh AFP, mencadangkan sifar perbelanjaan untuk program pengerahan tentera.
“Cita-cita EU untuk menjadi anggota yang kuat dalam menangani risiko isu keselamatan akan terdedah secara serius jika pengerahan tentera tidak dilengkapi dengan bajet yang mencukupi sejak awal lagi,” kata menteri-menteri dalam sepucuk surat.
Mereka menyeru Presiden Pesuruhjaya Eropah, Ursula von der Leyen dan ketua-ketua pegawai tertinggi EU untuk ‘menghormati komitmen’ terhadap program tersebut, di mana mereka berkata ia adalah ‘inisiatif kemegahan untuk kerjasama NATO-EU’.
Pada tahun 2018, Pesuruhjaya EU membentangkan pelan untuk memperbaiki infrastruktur dan menghapuskan segala undang-undang yang menghalang pengerahan segera tentera dan kenderaan di seluruh rantau, isu keselamatan yang penting untuk negara-negara EU dan NATO yang berada di bahagian Timur.
Portfolio pertahanan EU adalah diantara yang mengalami kerosakan terbesar dalam pelan Suruhanjaya Eropah yang menjadi tuan rumah untuk persidangan kemuncak EU pada bulan Februari.
Meskipun konflik NATO dengan Rusia mungkin tidak berlaku, pakar memberi amaran konflik berisiko tercetus.– AFP
