EU gesa kembali ke rundingan damai

BRUSSELS, 27 SEPT – Kesatuan Eropah (EU) hari ini menyeru untuk menghentikan pertempuran antara pemisah Armenia dan Azerbaijan ke atas wilayah Nogorny Karabakh dan ‘segera kembali kepada rundingan’.

Pertempuran paling teruk sejak 2016 tercetus hari ini di antara Azerbaijan dan Armenia yang bermusuhan, di mana telah terlibat dalam perbalahan kawasan ke atas wilayah pemisah yang disokong oleh Armenia.

“Tindakan ketenteraan mesti dihentikan, sebagai perkara yang perlu disegerakan, untuk mencegah dari perbalahan yang lebih teruk,” menurut Presiden Majlis Eropah, Charles Michel menerusi Twitter, menyeru untuk ‘segera kembali kepada rundingan, tanpa sebarang syarat’.

Ketua dasar luar EU, Josep Borrell menekankan untuk segera menyambung semula rundingan ke atas Nagorny Karabakh di bawah naungan ‘Kumpulan Minsk’ yang diketuai oleh Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat.

“EU menyeru untuk segera menghentikan tindakan keganasan, mengurangkan dan untuk pemantauan yang ketat untuk gencatan senjata,” katanya.

Konflik besar antara Azerbaijan dan Armenia mungkin akan melibatkan negara-negara berkuasa seperti Rusia dan Turki.

Konflik di Nagorny Karabakh telah mencetuskan ketegangan serantau selama 30 tahun. Etnik pemisah Armenia merampas wilayah dari Baku semasa peperangan tahun 1990an yang meragut 30,000 jiwa. Sejak itu, pihak berkuasa berusaha untuk merampas semula kawasan tersebut, dengan menggunakan kekerasan jika perlu.

Rundingan damai telah lama tertangguh sejak perjanjian gencatan senjata 1994. Rundingan damai sebelum ini tidak menjadi pada tahun 2010. – AFP

Imej yang dikeluarkan oleh kementerian pertahanan Armenia yang menunjukkan tentera Armenia berjaya memusnahkan sebuah kenderaan milik tentera Azerbaijan. Kesatuan Eropah menyeru untuk menghentikan pertempuran dan segara kembali kepada rundingan. – AP