EU kritik tindakan Trump

BRUSSELS, 20 MEI – Kesatuan Eropah (EU) kelmarin mengkritik tindakan Presiden Donald Trump yang mengancam untuk terus memotong dana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menarik diri daripada badan kesihatan dunia itu, lapor agensi berita Xinhua.

Trump berkata demikian menerusi surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dan dimuat naik di Twitternya pada Isnin.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Eropah, berkata blok itu ‘menyokong kerjasama antarabangsa dan penyelesaian multilateral dalam krisis ini – krisis pandemik’.

“Sekarang adalah masa untuk bersatu. Bukan masa untuk menuding jari atau mencari kelemahan pihak lain serta mengganggu-gugat kerjasama multilateral,” kata jurucakap itu.
– Bernama