Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    EU laksana sekatan baharu terhadap Rusia

    BRUSSELS, 22 SEPT – Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) hari ini telah mengumumkan blok itu akan mengenakan sekatan baharu terhadap Moscow dan meningkatkan sokongan ketenteraannya kepada Ukraine sebagai tindak balas kepada langkah kerahan tentera oleh Rusia.

    “Kami akan menerus dan meningkatkan sokongan ketenteraan kami, menyediakan senjata kepada Ukraine dan akan mengkaji cara untuk melaksanakan langkah sekatan baharu terhadap Rusia,” lapor Agensi Anadolu memetik Josep Borrell yang memberitahu pemberita selepas mesyuarat khas diplomat tertinggi EU di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

    Borrell mengadakan mesyuarat itu selepas Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu mengarahkan kerahan sebahagian besar pasukan tenteranya dan pihak berkuasa yang disokong Rusia memutuskan sehari lebih awal untuk mengadakan pungutan suara di empat wilayah Ukraine untuk menyertai negara itu.

    Beliau menyebut strategi Putin untuk mengerahkan ‘300,000 askar dan merujuk kepada akibat ancaman nuklear’ sebagai ‘percubaan yang tidak bertanggungjawab dan sinis untuk menjejaskan’ keamanan dan keselamatan antarabangsa pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya.

    Beliau menyatakan bahawa langkah Rusia baru-baru ini tidak akan mengubah keazaman EU ‘untuk menyokong Ukraine dan sokongan menyeluruh kami terhadap keupayaan Ukraine untuk mempertahankan integriti dan kedaulatan wilayahnya selagi diperlukan.’

    Beliau mengesahkan bahawa EU akan terus membiayai penghantaran senjata ke Ukraine melalui Kemudahan Keamanan Eropah. – Bernama

    Josep Borrell (kiri) berjabat tangan dengan Antonio Guterres di ibu pejabat PBB di New York semasa sesi Perhimpunan Agung PBB ke-77. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...