EU lanjut roaming percuma hingga 2032

BRUSSELS, 9 DIS – Pengguna telefon bimbit EU akan terus menikmati roaming (perayauan) percuma di seluruh Eropah bagi panggilan telefon bimbit dan pelayaran web sehingga tahun 2032.

Sejak tahun 2017, pembatalan caj roaming telah menjadi salah satu reformasi paling popular bagi pengguna EU, membolehkan warga Eropah menggunakan pelan mudah alih nasional di seluruh EU tanpa kos tambahan.

Menurut Suruhanjaya Eropah (EC), penggunaan data mudah alih meningkat 17 kali ganda pada musim panas 2019, berbanding musim panas 2016, sebelum kos-kos tersebut dibatalkan.

Ia membabitkan semua 27 negara anggota EU, serta Iceland, Liechtenstein dan Norway namun tidak Britain, yang kekal menghentikan menggunakan peraturan EU bermula 1 Januari.

Roaming itu seperti dasar di tempat asal yang membuat komunikasi lebih mudah dan murah ketika orang ramai berkunjung di Eropah,” kata menteri Pentadbiran Awam Slovenia, Bostjan Koritnik. – AFP