EU longgarkan sekatan perjalanan

LONDON, 23 DIS – Eropah hari ini mula melonggarkan sekatan perjalanan ke atas Britain yang dikenakan untuk membendung penularan pantas koronavirus baharu sementara pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia bersedia mengadakan perjumpaan untuk memberi tindak balas virus baharu itu.

Varian koronavirus baharu yang melanda seluruh United Kingdom (UK) telah menyebabkan keadaan panik di seluruh dunia tidak lama selepas vaksin diagihkan.

Tetapi Suruhanjaya Eropah kelmarin menyeru negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk melonggarkan sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas Britain.

Tetapi virus baharu, yang telah dikesan dalam angka yang kecil di tempat lain, dilihat mudah merebak berbanding jenis lain tetapi pakar berkata tiada bukit menunjukkan ia lebih berbahaya atau kebal dari vaksin.

Penemuan tersebut mencetuskan panik yang menyebabkan lebih dari dua dozen negara menggantungkan penerbangan UK, mengancam kekecohan perjalanan semasa musim percutian.

EU sebaliknya menyeru ujian virus untuk dijalankan ke atas penumpang dalam lingkungan 72 jam sebelum membuat perjalanan.

“Penerbangan dan kereta api tidak sepatutnya digantungkan disebabkan keperluan untuk memastikan perjalanan dan mengelak dari gangguan rantaian bekalan,” kata EU.

Perancis membuka semula perjalanan merentas sempadan dengan Britain hari ini tetapi mereka dimestikan diuji negatif setelah menjalani ujian COVID-19.

Penggantungan ketibaan di Perancis telah menyebabkan lori penghantaran tergendala di selatan England dan mengganggu perjalanan penumpang menjelang Krismas. – AFP