EU lulus bantuan 12.8 juta euro kepada Alitalia

BRUSSELS, 13 MEI – Suruhanjaya Eropah semalam menyatakan Itali akan memberikan bantuan sebanyak 12.8 juta euro (AS$15.4 juta) kepada syarikat penerbangan Alitalia yang mengalami kerugian disebabkan oleh wabak koronavirus.

“Suruhanjaya Eropah mendapati bantuan Itali sebanyak EUR12.835 juta untuk menyokong Alitalia sejajar dengan peraturan bantuan negara EU,” menurut kenyataan Suruhanjaya.

“Langkah ini bertujuan untuk mengimbangi syarikat penerbangan tersebut atas kerosakan yang dialami akibat wabak koronavirus pada bulan Januari 2021,” tambahnya.

Alitalia berada di ambang kemuflisan dan tahun lalu pihak berkuasa di Rom memperuntukkan tiga bilion euro (AS$3.6 bilion) untuk dilancarkan semula.

Tetapi rancangan untuk memindahkan aset Alitalia ke syarikat baharu tanpa hutang telah terhenti.

Pesuruhjaya persaingan EU, Margrethe Vestager, yang dapat menyekat pelan menyelamat syarikat di bawah peraturan bantuan negara EU, telah mengadakan perbincangan dengan menteri industri, buruh dan ekonomi Itali, dan setakat ini masih belum mencapai persetujuan.

Alitalia telah mengalami kerugian selama bertahun-tahun dan diletakkan di bawah pentadbiran negara pada tahun 2017. – AFP